BN Pusat Terus Beri Sokongan, Walaupun Kawasan Selamat


KUCHING - Walaupun dikategorikan sebagai kawasan selamat, Barisan Nasional (BN) Pusat akan terus memberi sokongan kepada calon BN kerusi Parlimen Batang Sadong kata Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, sokongan itu penting bagi memastikan BN kekal menguasai Batang Sadong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Hari ini (Isnin) saya ke dua buah negeri, sebelah pagi saya di Kimanis, Sabah dan petangnya di Batang Sadong, Simunjan.

“Kedua-dua kawasan ini, insya-Allah selamat tetapi saya akan terus membantu kawasan yang selamat ini supaya menunjukkan kepedulian walaupun kerusi-kerusi ini selamanya menjadi lubuk sokongan BN,” katanya.

Terdahulu, Penyandang kerusi Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri pada PRU13 (2013) memenangi kerusi itu selepas menewaskan calon PAS Mohamad Jolhi.

Nancy memperoleh 13,277 undi manakala Mohamad hanya 2,017 undi. 

Sumber: Sarawakiana

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com