BN Pulau Pinang Tampil 31 Muka Baharu


GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menampilkan 60 peratus muka baharu, termasuk tujuh calon berusia bawah 40 tahun bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow, berkata secara keseluruhan BN negeri menampilkan 53 calon dengan 31 calon adalah pertama kali bertanding.

Katanya, 10 calon adalah penyandang kerusi manakala 12 calon lagi bertanding semula.


"Kita turun dengan mentaliti untuk menang dan berharap pengundi dapat memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini.

"Kita juga berterima kasih kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid yang tidak mempertahankan kerusinya kali ini," katanya pada sidang media di Pejabat GERAKAN Pulau Pinang di sini, Selasa.


Selain Jahara yang juga penyandang kerusi DUN Teluk Air Tawar, dua lagi penyandang digugurkan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Datuk Omar Abdul Hamid dan ADUN Bayan Lepas, Datuk Nordin Ahmad.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada sidang media sama berkata, pihaknya menampilkan lapan muka baharu dan dua dicalonkan semula.

"Kita kekalkan 10 penyandang kerusi dan berharap gandingan muka lama serta baharu ini dapat membantu BN menawan kembali Pulau Pinang.

"Kita juga bersedia menghadapi siapa sahaja di Parlimen Permatang Pauh dan menjangkakan pertandingan sengit akan berlaku," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com