BN Perlu Sokongan Semua Kaum Untuk Tentukan Kemenangan Parlimen Alor Setar


Bekas ahli Parlimen Alor Setar selama lima penggal, Tan Sri Chor Chee Heung berkata peluang Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula kawasan itu adalah cerah pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

 'Kehilangan' wakil rakyat daripada PKR daripada menunaikan tanggungjawabnya menjaga kebajikan penduduk selama dua penggal sepatutnya menjadi pengajaran berharga.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, pada PRU ini PKR akan bertanding lagi tetapi oleh orang yang berbeza dan datang dari luar Kedah.

Menurutnya, siapa juga calon pembangkang, jika mereka menang sekalipun tidak mungkin  memperdulikan masalah rakyat seperti mana khidmat sepanjang masa yang diberikan oleh ahli Parlimen dan ADUN BN.

Beliau yang kini Pengerusi Lembaga Disiplin MCA berkata, sokongan orang Melayu terhadap calon BN akan menentukan kemenangan.  

Chor berharap pengundi Cina dan Melayu perlu memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada calon  BN termasuk tiga kerusi Dewan Undangan Negeri - Suka Menanti, Kota Darulaman dan Alor Mengkudu.

"Saya percaya sokongan pengundi Cina juga  akan bertambah baik berbanding dua pilihan raya yang lalu," katanya ketika ditemui di Pejabat MCA Alor Setar hari ini.   

Chor kalah dengan majoriti 1,873 undi kepada calon PKR, Gooi Hsiao Leung dalam persaingan empat penjuru pada  PRU13.

Pada PRU kali ini BN meletakkan  calon muka baharu, Datuk Yoo Wei How. Beliau akan dicabar oleh calon PKR, Chan Ming Kai dan calon PAS, Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com