BN Kedah Tidak Pinggirkan Calon Pernah Kalah, Pemuda Dan Wanita


Barisan Nasional (BN) Kedah tidak mengenepikan bekas pemimpin lama yang pernah kalah di samping menampilkan muka baharu di kalangan Pemuda dan Wanita untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 14.

Antara mereka dicalonkan semula iaitu Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin (Parlimen Kuala Kedah), Datuk Ariffin Man ( DUN Bukit Lada), Datuk Abdul Mutalib Harun (Kubang Rotan) dan Mohd Khairul Azhar Abdullah (Kuala Ketil).

Abdullah Hasnan ialah Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit.

Arifin pula ialah Setiausaha Kerja BN negeri pernah menyandang kerusi DUN Bukit Lada dan pernah tewas di DUN yang sama.

Sementara Abdul Mutalib yang kini Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah dan Mohd Khairul, Naib Ketua UMNO Baling belum pernah menang.

Muka baharu yang diberi kepercayaan pula ialah Ketua Penerangan UMNO Alor Setar Abdul Malik Saad (DUN Alor Mengkudu), Naib Ketua Bahagian Merbok Annuar Ahmad (Tanjung Dawai) Datuk Asmaidi Abu Talib (Merbau Pulas), Bendahari UMNO Kuala Kedah, Datuk Abdul Halim Said (Pengkalan Kundur) dan Johari Aziz ( Anak Bukit).

Sementara tiga calon daripada Pemuda yang diketengahkan ialah Ketua Pemuda UMNO Jerlun, Ahmad Azhar Abdullah (Kota Siputeh), Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohmed Nor Mohamed Amin (Bayu), Dr. Muhammad Nawar Ariffin (Bukit Pinang) serta Ahmad Fatahi Omar (Tokai).
Selain itu Naib Ketua Pemuda negeri Mahadzir Abdul Hamid terus dikekalkan untuk mempertahankan kerusi DUN Jeneri.

BN Kedah menampilkan lima calon wanita termasuk menambah dua muka baharu terdiri Ketua Wanita Jerai Datuk Norma Awang untuk bertanding di DUN Sungai Limau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Pertani, Datuk Shahanim Mohd. Yusoff untuk bertanding di Parlimen Sungai Petani.


Tiga penyandang kerusi DUN iaitu Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan Datuk Norsabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu) terus dikekalkan.

Tiga calon digugurkan ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (DUN Bukit Lada), Timbalan Ketua  UMNO Merbok Dr. Ismail Daut (Parlimen Merbok) dan bekas Timbalan Speaker DUN, Azmi Che Hussain (DUN) Bayu.

Sementara itu penyandang Parlimen Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik menyaksikan tiada perubahan calon di peringkat Parlimen mahu pun DUN walaupun pada peringkat awalnya dikatakan akan berlaku pertukaran kawasan dan ada yang hendak digugurkan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang akan mempertahankan kerusi DUN Suka Menanti (Bakar Bata)menjelaskan calon yang dipilih itu mampu menggalas tanggungjawab untuk merampas kerusi yang kalah dan mempertahankan kemenangan Kedah,

Mereka adalah calon pilihan rakyat dan pilihan pucuk pimpinan parti yang perlu diberikan sokongan padu. Pada PRU13, Kedah menang 10 daripada 15 kerusi Parlimen dan 21 daripada 36 kerusi DUN. - Kedahnews.com.



#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #HarapanFitnah #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com