BN Kedah 'Tak Cuak' Dengan Tun Dr Mahathir Di Langkawi


ALOR SETAR – Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang diumum bakal bertanding Parlimen Langkawi sedikit pun tidak menggusarkan Barisan Nasional Kedah.

Bukan sahaja Mahathir yang akan bertanding dengan menggunakan tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14, malahan anaknya Datuk Seri Mukhriz juga disebut akan bertanding di Jerlun.

Susulan itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan BN mengalu-alukan kedatang dua beranak itu di Kedah dan akan bertanding secara sihat.

Beliaumenyatakan keyakinan ekoran BN mempunyai calon-calon yang berkaliber dan mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa Mukhriz juga akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Jitra.

Ada pesanan dari Ahmad Bashah kepada rakyat Langkawi, mereka dinasihatkan agar berjaga-jaga dan perlu bijak menilai sendiri tindakan Dr Mahathir yang diibaratkan sebagai ‘kacang lupakan kulit’ ekoran beralih arah ke Langkawi lantas meninggalkan kawasan Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakilinya selama 30 tahun.

“… Beliau perlu ingat selama ini rakyat Kubang Pasu yang menyokong dan membolehkannya bertanding atas tiket BN sehingga mampu menjadi perdana menteri,

“Rakyat Kubang Pasu pilih dia selama 30 tahun kena tinggal, tak kan rakyat Langkawi nak jadi macam tu juga nanti dia lari lagi. Rakyat juga kena tahu apa juga pembangunan yang pernah Tun Dr Mahathir lakukan di Langkawi adalah kerana kerajaan dan bukannya atas individu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Semarak Perpaduan di sini pada Isnin, memetik Bernama. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com