BN Kedah Senarai 18 Muka Baru, Kekal 27 Penyandang


Alor Setar - Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengumumkan calon parti dengan gabungan dan barisan yang mantap serta terbaik demi mempertahankan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei nanti.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan nama calon  di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.

Sebanyak 51 kerusi yang dipertandingkan yakni 15 Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, BN Kedah komited kekalkan 27 penyandangnya yang berkaliber, berpengalaman dan terbukti mempunyai rekod cemerlang sepanjang  perkhidmatan mereka kepada rakyat sebelum ini.

Tidak terlepas barisan calon BN Kedah pada kali ini turut menampilkan calon penampilan semula serta muka baharu yang pastinya lebih berwibawa dan mempunyai kreadibiliti tersendiri malah paling penting sedia berkhidmat di kawasan masing-masing andai mendapat mandat rakyat.

Antara calon yang disebut mnejadi penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuklah Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar bagi kerusi DUN Suka Menanti (dahulu Bakar Bata), Datuk Othman Aziz (Parlimen Jerlun), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Parlimen Padang Terap), Datuk Othman Abdul (Parlimen Pendang) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Parlimen Jerai).

Beberapa calon yang melakukan penampilan semula iaitu Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin (Parlimen Kuala Kedah) dan Datuk Ariffin Man ( DUN Bukit Lada) dan Datuk Abdul Mutalib Harun (Kubang Rotan).

BN Kedah turut mempertaruhkan gabungan muka baharu yang kebanyakan calon tempatan demi memantapkan lagi pertaruhan seperti di DUN Alor Mengkudu, Abdul Malik Saad; Sungai Limau (Datuk Norma Awang); Tanjung Dawai (Anuar Ahmad); Merbau Pulas (Asmaidi Abu Talib) dan Bukit Pinang (Dr. Muhammad Nawar Ariffin).

Tiga calon digugurkan ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (DUN Bukit Lada), Dr. Ismail Daut (Parlimen Merbok) dan Azmi Che Hussain (DUN) Bayu.

Kombinasi pemimpin parti komponen mengukuhkan lagi barisan dengan calon terdiri anak tempatan seperti di kerusi DUN Derga oleh Dr. Cheah Soon Hai, Parlimen Alor Setar (Datuk Yoo Wei How), DUN Kota Darul Aman (Tan Eng Hwa) dan DUN Bukit Selambau (Datuk Jaspal Singh).

BN Kedah kini menyandang 10 kerusi Parlimen dan 20 DUN. Mengikut statistik, sebanyak 1,146,492 pengundi di Kedah akan menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei. – Kedahnews.com

Senarai Calon Barisan Nasional (BN) Kedah


P.04 LANGKAWI
Dato' Nawawi ahmad
Kuah - Nor Saidi Nayan
Ayer Hangat - Datuk Mohd Rawi Hamid

P.05 JERLUN
Dato' OTHMAN bin ABDUL AZIZ
Kota Siputeh - Ahmad azhar Abdullah
Air Hitam - Dato' Abu Hasan Sharif 

P.06 KUBANG PASU
Dato' MOHD JOHARI bin BAHAROM
Bukit Kayu Hitam - Datuk Ahmad Zaini Jaapar
Jitra - Datuk Aminundin Omar

P.07 PADANG TERAP
Dato' Seri MAHDZIR bin KHALID
Pedu - Kama Noriah Ibrahim
Kuala Nerang - Datuk Badol Hisham Hashim

P.08 POKOK SENA
Dato' SAID ALI bin SYED RASTAN
Bukit lada - Datuk Arifin Man
Bukit Pinang - Mohammad Nawar arifin
Derga - Dato Cheah Soon Hai

P.09 ALOR SETAR
Dato' YOO Wei Hoo
Suka Menanti. -  Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Alor Mengkudu - Abdul Malik Saad (Muka baru)
Kota Darul Aman - Tan Eng Hwa

P.10 KUALA KEDAH
Dato' ABDULLAH HASNAN KAMARUDDIN
Anak Bukit - Johari Aziz
Kubang Rotan - Datuk Abdul Muthalib Harun
Pengkalan Kundor - Datuk Abdul Halim Said

P.11 PENDANG
Dato' OTHMAN bin ABDUL
Sg Tiang - Dato' Suraya Yaacob
Tokai - Ahmad Fatahi Omar

P.12 JERAI
Dato' Seri JAMIL KHIR bin BAHAROM
Gurun - Boey Chin Gan (muka baru cuma dulu pernah tanding Dun Kulim tapi kalah)
Guar Chempedak - Dato' Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Sg Limau - Datuk Norma Awang


P.13 SIK
Dr MANSOR bin ABDUL RAHMAN
Jeneri - Mahadzir Abdul Hamid
Belantik - Datuk Mohd Tajudin Abdullah

P.14 MERBOK
Dato' TAJUL URUS bin MAT ZIN
Tanjung Dawai - Annuar Ahmad (muka baru)
Bkt Selambau - Datuk Jaspal singh

P.15 SG PETANI
Dato' SHAHANIM  MOHD YUSOF
Pantai Merdeka - Datuk Ali Yahya
Bakar Arang - Ko Hung Weng
Sidam - Tan Kok Seong

P.16 BALING
Dato' ABDUL AZEEZ bin ABDUL RAHIM
Bayu - Mohamed Noor Mohamed Amin
Kupang - Datuk Harun Abdul Aziz
Kuala Ketil - Mohd Khairul Azhar abdullah

P.17 PADANG SERAI
Dato' Dr LEONG Yong Kong
Merbau Pulas - Asmadi Abu Talib (muka baru)
Lunas - M. Thuraisingam (Muka Baru)

P.18 KULIM / B.BAHARU
Dato' ABDUL AZIZ bin SYEIKH FADZIL
Kulim - Chua Tiong Ghee
Bandar Baharu - Datuk Nor Sabrina Mohd Noor

#JomBN 
#BersamaBN 
#DahulukanRakyat 
#HebatkanNegaraku 
#PRU14 
#GE14 
#UndiBN 
#BR1M 
#ManifestoBN 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com