BN Kedah Pertingkat Kawalan Keselamatan, Elak Sabotaj Parti Lawan


Setiausaha BN Kedah, Datuk Md Rozai Shaifian meminta semua premis parti seperti bilik gerakan, pejabat parti dan sebagainya mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan sebarang cubaan sabatoj pihak tertentu.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata tindakan itu diambil untuk mengelakan perbuatan sabotaj seperti mana yang berlaku di pentas  ceramah BN Derga, Alor Setar semalam

Tempat ceramah Barisan Nasional itu cuba disabotaj oleh pihak tertentu apabila pentas ceramah dibaling dengan telur busuk.

Bagaimanapun perbuatan itu tidak menjejaskan ceramah yang dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Anuar Musa dan beberapa penceramah parti komponen.



Pihak penganjur mendapati terdapat beberapa telur busuk dibaling ke pentas sehingga menyebabkan bau busuk dan kotor.

Insiden itu dipercayai berlaku awal pagi semalam kerana persiapan pentas telah siap sejak petang kelmarin.

Bernama melaporkan satu laporan polis telah di buat oleh Sohaimi Zainal Abidin, Setiausaha Penerangan UMNO Kedah kira-kira jam 1 petang semalam di IPD Kota Setar.


BN negeri dalam kenyataan itu membidas tindakan sabotaj tersebut dan mengarahkan supaya keselamatan di bilik gerakan dan pejabat parti dipertingkatkan.

“UMNO Kedah memandang serius kejadian berkenaan dan menyifatkan satu cubaan sabotaj program berkenaan, namun sedikitpun tidak menjejaskan semangat petugas parti.

Tinjauan Kedahnews mendapati program ceramah malam tadi yang bertajuk “Menolak Pakatan Hipokrasi” yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Othman Abdul mendapat sambutan di luar jangkaan terutama di kalangan masyarakat Cina.

Ia membuktikan BN semakin mendapat sokongan rakyat di kawasan yang dikuasai pemangkang itu. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com