BN Kedah Mahu Memartabatkan Lagi Agama Islam Jika Terus Diberi Mandat


ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Kedah pada Jumaat lalu telah melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umu ke-14 (PRU14) bertemakan ‘Menerus Kemajuan, Menzahir Impian’ yang mengandungi tujuh kluster khusus bernilai RM65.3 bilion untuk rakyat Kedah.

Tujuh kluster itu merangkumi projek berimpak tinggi bernilai RM55.1 bilion, program kesejahteraan hidup rakyat (RM2.7 bilion), infra dan utiliti (RM6.5 bilion), pelancongan (RM60 juta), pendidikan dan modal insan (RM14 juta), agama (RM581 juta) dan belia dan anak muda (RM238 juta).

Antara tujuh kluster yang tersenarai itu Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut menyentuh akan melipat gandakan usaha menegakkan syiar dan syariat Islam di Kedah.

Usaha tersebut termasuk berjanji akan meneruskan pengajian maahad tahfiz yang bermodelkan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim dengan menubuhkan satu lagi cawangannya di Kubang Pasu.

“Kita juga akan menawarkan Biaiswa Diraja bagi 50 pelajar Kedah menyambung pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti terkemuka di Timur Tengah melibatkan bidang agama, dengan pembiayaan sebanyak RM10 juta.

“Pusat Latihan Imam Kebangsaan dengan kos RM120 juta juga akan dibina di daerah Yan bagi melatih imam berpotensi dari seluruh negara selain akan meluaskan Pusat Tusiyen Barakah Kedah dengan kos RM5 juta di kesemua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN,” katanya pada majlis yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, disini.

Selain itu, demi semangat kesukanan yang ditunjukkan golongan anak muda yang meliputi 42 peratus rakyat Kedah, Ahmad Bashah selaku Menteri Besar turut mengumumkan BN akan membina stadium bola sepak baharu bernilai RM200 juta, menubuhkan sidang DUN Belia Kedah serta kuota 30 peratus lesen, permit dan ruang niaga di premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tidak cukup dengan itu, BN Kedah turut menyatakan hasrat bakal menyediakan perkhidmatan bas elektrik di bandar-bandar utama melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta demi kemudahan pengangkutan untuk masyarakat. - Kedahnews.com

#JomBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#PRU14 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com