"BN Hebat, Negaraku Hebat Dan Rakyat Hebat" - Slogan Baharu PRU-14


ALOR SETAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan slogan baharu untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN menyatakan slogan perang itu adalah ‘BN Hebat, Negaraku Hebat dan Rakyat Hebat’.

“War cry (slogan perang)kita, BN hebat, negaraku hebat dan rakyat hebat,” ujarnya.

Menurut juga menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin dekat dan menyeru agar semua jentera Barisan Nasional (BN) di semua peringkat bersiap sedia.

“Pada bacaan saya ia (PRU-14) dah dekat sangat. Kita bersiap siaga, kita bersiap sedia,” katanya memetik Utusan Online.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Timbalan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Pendang semalam.

Turut hadir sama, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul.

Terdahulu, Ahmad Zahid telah beberapa kali memberi bayangan mengenai tarikh PRU-14 akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina yang lalu.

Malah baru-baru ini, beliau sekali lagi memberikan bayangan ketika berucap merasmikan Jelajah Pendidikan Bumiputera (JBP) 2018 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (Sabda) di Bagan Datuk, Perak. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com