Biar Betul! Muhyiddin Beli Undi Orang Kampung Hulur Duit 'Cash'?!


ALOR SETAR - Kecoh di laman media sosial kononnya Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim 'berkempen membeli undi' demi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Rata-rata netizen yang tidak tahu hujung pangkal mendakwa kononnya beliau 'memberi rasuah' dan sebagainya, walhal beliau hanya ikhlas mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran kedai sahaja.

Timbul juga tuduhan menyatakan kononnya mangsa kebakaran kedai itu adalah warga asing, namun hakikatnya mangsa adalah rakyat tempatan dan beliau hanya mahu membela nasib insan malang tersebut.

Meskipun beliau dikatakan menjanjikan untuk mendapatkan lesen bagi kedai terbakar itu, tetapi beliau tidaklah secara terang-terang 'membeli undi' seperti seorang 'pemimpin hebat' ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu keratan video menyaksikan beliau dengan 'slumbernya' membeli undi orang kampung dengan cara menghulurkan duit 'cash' kepada mereka!

Amat mengejutkan dan bagaikan tidak percaya, tindakan itu dengan jelasnya membawa maksud beliau membeli undi orang kampung tanpa sebarang rasa bersalah.



Jika sebelum ini pembangkang sibuk bercanang serata negara kononnya BN sering 'membeli undi' walhal mereka tidak bukti untuk mengukuhkan dakwaan itu, tindakan Muhyiddin ini memberi contoh yang jelas tentang maksud membeli undi yang sering diperkatakan pembangkang.

Pembangkang sibuk menyatakan BN 'membeli undi' dan sebagainya, tetapi kenyataannya tindakan pemimpin mereka sendiri yang terbongkar ini amat memalukan!

Persoalannya, siapa yang membeli undi dan siapa yang mahu membantu rakyat, sebetulnya? Apa yang dapat dilihat adalah Muhyiddin contoh yang paling tepat kepada maksud membeli undi. 

Sebaliknya Mutalif hanya menjanjikan perkara yang lebih baik kepada rakyat dan tidak pula menghulurkan 'dedak duit' seperti diperlakukan Muhyiddin ini. - Kedahnews.com

#HarapanBohong
#HarapanFitnah
#Harapan
#Bohong
#Fitnah

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com