Beza Janji Palsu Pembangkang Dengan Manifesto Barisan Nasional Di Kedah


Pakatan pembangkang tidak boleh menghasilkan manifesto yang meyakinkan. Dalam ceramah "depa" di Kedah, asyik duk cerita bab orang lain sahaja. Apa "depa" tulis dalam manifesto tidak diceritakan pun.

Di Kedah, Pakatan Harapan (PH) di negeri itu kata ada 10 perkara teras dalam manifesto mereka. Janji yang bakal dimungkiri kerana dalam ceramah mereka tidak diulas pun hal ini.

Barisan Nasional (BN) di Kedah sejak lima tahun pentadbiran selepas PRU13 sudah berjaya melaksanakan 97.6 peratus janji dalam manifesto lepas kepada rakyat.

Untuk PRU14, BN menerusi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam manifesto BN berjanji akan memastikan semua golongan rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih baik, memperkasakan agama Islam dan memberikan perhatian kepada golongan muda.

Islam adalah perkara utama dalam manifesto BN Kedah yang bertajuk 'Menerus Kemajuan Menzahir Impian' kerana diletakkan dalam matlamat kedua manifesto iaitu untuk memperkasa syiar dan syariat Islam seiring dengan arus kemodenan agar martabat agama suci terus dipelihara dan nilai sejati agama Islam diterapkan dalam setiap aspek kehidupan.

Pakatan meletakkan matlamat berkaitan agama di teras ketiga dengan tajuk 'Memperkukuh Nilai Keagamaan' tapi tidak menggunakan Islam sebagai tajuknya. Adakah pakatan takut kepada DAP jika memasukkan perkataan Islam dalam tajuk teras manifestonya?

Boleh jadi juga, sebab DAP adalah abang besar dalam pembangkang. Hendak tulis "Islam" pun takut dalam manifesto, malah dalam manifesto PH di peringkat pusat pun agenda Islam dan bumiputera di letak jauh jauh di halaman belakang.

Bagi BN Kedah, prinsip Maqasid Syariah iaitu Menjaga Keselamatan Jiwa diutamakan apabila memberikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan melalui program Barakah iaitu Skim Bantuan Rakyat Kedah, sebuah program kebajikan untuk membantu golongan memerlukan di mana setiap bantuan diberikan terus kepada golongan sasaran. Ia dilaksanakan pada April 2016.

Melalui program Barakah Insan, BN berjanji untuk memberikan peruntukan saguhati untuk jemaah haji dinaikkan kepada RM700 seorang, bantuan keperluan makanan asas berupa Kotak Barakah untuk meringankan kos sara hidup golongan memerlukan akan diteruskan.

Pakatan tidak memberikan perhatian pada jemaah haji tetapi hanya berjanji akan memperkemaskan sistem pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang mana BN sudah laksanakan sejak dulu lagi di seluruh negara.

Malah jemaah haji 1MDB pula dituduh tunaikan haji yang tidak mabrur oleh Mahathir. Anaknya, Mukhriz pula pertikai ibadah umrah yang ditunaikan Dato Seri Najib. Baca pautan ini : http://www.mykmu.net/2018/01/mukhriz-pertikai-najib-masuk-kaabah-terikut-perangai-biadap-tahap-gaban-bapa/

Dalam Barakah Masjid, pemberian elaun untuk pegawai masjid akan diteruskan dengan kos RM41 juta untuk lima tahun akan datang. Seluruh masjid di Baling dan Sik akan dijadikan Pusat Agihan Makanan untuk fakir miskin, asnaf, dan golongan memerlukn dengan peruntukan RM3 juta. Dalam manifesto PH, tidak ada peruntukan khusus untuk masjid pun.

DAP dan pembangkang disokong oleh golongan Evangelis. Misalnya ada sebaran surat dari gereja dari Bishop Rt Rev Benard Paul yang menggesa rakyat Malaysia mengundi pembangkang. Gesaan gereja itu bertulis “Mark X For A Change & A Clean Malaysia”.

Lihat surat itu di pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1742665315828417&id=1122306847864270

Bukan itu sahaja, BN akan memberikan dana pengurusan sebanyak RM2,000 kepada 11 buah sekolah pondok di bawah naungan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia. Paling menarik, selaras dengan manifesto BN untuk melahirkan ribuan Hufaz, BN Kedah akan memberikan dana khas kepada 20 buah sekolah pondok dan 60 Maahad Tahfiz berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah di mana setiap pondok dan Maahaf Tahfiz menerima dana berjumlah RM10 ribu.

Para Hafiz dan Hafizah juga selepas ini akan menerima elaun khas.

Hanya BN sahaja kini bersungguh-sungguh memperkasakan Islam di seluruh negara dalam manifesto mereka. PH masih lagi terbawa-bawa dengan matlamat hendak mengekalkan kuasa dan berebut kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya.

Untuk ekonomi, BN Kedah sudah bersedia memberikan platform untuk kemasukan pelabur dari luar negara dengan pembangunan Kulim Hi-Tech Park dengan membangunkan Fasa 5 kawasan itu seluas 410 ekar untuk memenuhi permintaan pelabur. Kawasan perindustrian itu akan bertambah keluasan sehingga 4510 ekar.

Ketika negara sedang bersungguh-sungguh mendapatkan pelaburan dari luar untuk perindustrian, pakatan negeri Kedah masih lagi mahu menggalakkan pertanian domestik walaupun negeri itu sudah terkenal sebagai negeri Jelapang Padi.

Orang di Langkawi dan Kubang Pasu sudah awal-awal bertekad akan menolak Mahathir yang kini bersekongkol dengan DAP, PKR dan PAN untuk menjatuhkan BN. Kalau manifesto pakatan untuk seluruh negara, Mahathir boleh tukar dalam masa 17 hari sahaja, manifesto PH untuk Kedah ini Mahathir boleh lupa sekejap sahaja.

Pakatan takut untuk memperkasakan Islam kerana takut dengan DAP yang begitu anti dengan Islam. Mereka rangka manifesto untuk Islam pun berhati-hati supaya tidak guris hati pemimpin DAP yang amalkan sikap cauvinis dan perkauman.

Tolak PH yang penuh #HarapanPalsu ini. Pilihlah #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #MuafakatKedah

Sumber: Beruang Biru

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com