Berkawan Baik, Tapi Demi Rakyat "Lawan Tetap Lawan"


ALOR SETAR - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini bakal menyaksikan ‘pertemuan’ antara dua rakan baik bagi merebut kerusi panas di Parlimen Jerlun. 

Mereka adalah dari UMNO iaitu Datuk Othman Aziz (BN) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanding atas tiket PKR selain seorang lagi pesaing Abd Ghani Ahmad yang mewakili PAS.

Bagi Othman, meskipun bakal berdepan dengan Mukhriz tetapi beliau tetap akan mempamerkan sikap profesional sepanjang tempoh 11 hari berkempen.

Beliau juga akan melakukan sedaya mungkin bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini seperti pergaduhan membabitkan beliau sendiri dan Mukhriz, yang ketika ini merupakan penyandang kerusi DUN Ayer Hitam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di Jerlun, kelmarin memetik Bernama.

Pertemuan antara sahabat menjadikan Othman berharap supaya bahang politik sepanjang berkempen berada dalam keadaan yang baik memandangkan beliau juga akan bertemu seorang lagi rakannya di DUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar.

Penamaan calon pada Sabtu lalu menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan kerusi Parlimen Jerlun, DUN Kota Siputeh dan DUN Ayer Hitam. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com