Beri Kebebasan Pada SPR - Hadi Awang


Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin pembangkang dibidas kerana mempertikaikan tarikh pilihanraya umum yang ditetapkan pada hari kerja, 9 Mei depan.

Mereka seharusnya memberi kebebasan kepada  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh hari pengundian pilihan raya umum di negara ini.

Presiden PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada SPR untuk menetapkan tarikh masa pilihan raya umum kerana mereka badan berkecuali.

"Jangan kita kongkong SPR, nak perintah dia buat itu dan ini," kata Abdul Hadi.

Apa yang penting menurut Abdul Hadi ialah tanggungjawab  rakyat untuk memilih dan itu merupakan perkara yang perlu diberi tumpuan.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tarikh PRU 14 yang ditetapkan pada hari bekerja (Rabu) yang dibantah oleh Dr. Mahathir dan juga tidak dipersetujui oleh seorang pemimpin PAS.

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Amanat Pilihan Raya Pas Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih di Indera Mahkota, malam tadi.

SPR menetapkan hari pengundian PRU-14  pada 9 Mei iaitu pada hari Rabu manakala tarikh penamaan calon pada hari Sabtu, 28 April ini.

Memetik kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Harakahdaily, beliau kesal tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi.

Menurut Tuan Ibrahim, tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah 'merompak' hak mengundi rakyat yang berada di luar kawasan bagi membuang undi.

Beliau mendakwa petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.

Walaupun kerajaaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu, kata Tuan Ibrahim.

Kenyataan pemimpin nombor dua dalam PAS itu ternyata bercanggah dengan pandangan Abdul Hadi yang mahu kebebasan diberikan kepada SPR.

Sementara itu Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To Choong, berkata tarikh pengundian pernah ditetapkan pada hari biasa sebanyak tiga kali ketika di bawah kepemimpinan Dr Mahathir.

"Pilihan raya umum pertama zaman Dr Mahathir diadakan pada Khamis, 22 April 1982 dan dua pilihan raya umum terakhirnya sebagai Perdana Menteri pada hari Isnin (24 April 1995) dan 29 November 1999 juga pada hari Isnin. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com