Belasah Pelajar Sambut Hari Jadi, Kementerian Tunggu Laporan Polis


ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kejadian seorang pelajar dibelasah beramai-ramai kononnya sebagai 'sambutan hari jadi' di sebuah sekolah di Shah Alam Selangor baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan penuh dan tindakan lanjut hanya akan diambil setelah laporan berkenaan siap dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan negeri.

“Kita serah pada polis. Polis belum bagi maklum balas kepada Jabatan Pendidikan negeri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kolej Sultan Abdul Hamid di sini, semalam memetik Utusan.

Terdahulu, menjadi tular di laman sosial satu rakaman video berdurasi 29 saat menyaksiakan seorang pelajar sebuah sekolah di bandar raya dengan rela hati 'membenarkan' dirinya dibelasah sekumpulan rakannya sebagai menyambut hari lahirnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com