Bekas Penjawat Awam Ditahan Jadi Pengedar Dadah Di Yan


ALOR SETAR – Seorang bekas penjawat awam dipercayai pengedar bahan terlarang antara lima penagih dadah yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK ) daerah Yan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Singkir Laut, di Yan, kira-kira 9.30 malam semalam.

Ketuanya, Mohamad Ramli berkata, mereka yang ditahan masing-masing berumur lingkungan 25 hingga 48 tahun. 

Kesemua penagih menjadikan rumah terbabit sebagai tempat melepaskan gian dan membungkus dadah sebelum diedarkan di sekitar kawasan itu.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan kesemua suspek sedang leka menghisap dadah malah langsuang tidak menyedari akan kehadiran pasukan itu.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu kita menemukan enam peket lutsinar berisi dadah jenis opiat dan sebungkus plastik lutsinar dadah jenis methamphetamine, yang kesemunya seberat 29.1 gram,” katanya dalam kenyataan memetik Bernama.

Susulan penahanan terbabit, kesemua suspek akan menjalani siasatan lanjut dan saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis opit dan methamphetamine.

Pengedar itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala empat lagi lelaki menerusi Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com