Bekas Pemimpin PPBM Minta Rakyat Tidak Terpengaruh Dengan Mahathir


Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan berjuang untuk membela rakyat dan negara tetapi menyertai pakatan pembangkang yang diketuai DAP hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Dalam hal ini bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meminta orang Melayu tidak keliru dengan perjuangan Dr. Mahathir yang kini berada di penghujung usia.

Bagi Bekas Naib Ketua Bahagian PPBM, Mohd Nor Hashim Che Min,  berdasarkan perjumpaan bersama Pengerusi PPBM (dr. Mahathir) sebelum ini beliau menjelaskan mahu menjatuhkan Najib bagi 'menyelamatkan Malaysia'.

Untuk tujuan itu  kata Mohd Nor Hashim, Dr. Mahathir mengambil keputusan  beliau bergabung dengan musuh ketatnya DAP, Parti Keadilanan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).

"Semua orang masih ingat PKR diwujudkan kerana penganiayaan yang dilakukan Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat, " katanya seperti mana yang dilaporkan Harakahdaily hari ini.

“Hari ini bekas perdana menteri terbabit bersama pula dengan PKR yang ditubuhkan sebelum ini kerana semata-mata penganiayaannya terhadap Anwar,” katanya pada ceramah di Dun Wakaf Bharu malam semalam.

Tindak- tanduk Dr Mahathir itu berjaya memecah-belah orang Melayu sehingga melahirkan parti lain seperti PKR, kata Mohd Nor yang meninggalkan PPBM bersama 33 lagi bekas Armada dan Srikandi PPBM Kota Bharu Mac lalu.

Dr. Mahathir terpaksa menjual maruahnya kepada DAP semata-mata mahu memusnahkan UMNO yang pernah menjulangnya kerana hendaklah jatuhkan Najib seperti mana beliau menjatuhkan Anwar. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com