Bekas MB Terengganu Diiring 2 Isteri Ke Penamaan Calon


MESRA… Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencatat sejarah buat dirinya apabila pertama kali diiringi dua orang isteri sekali gus ketika hadir ke pusat penamaan calon.

Keadaan unik tersebut membuatkan beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal itu menjadi tumpuan ketika muncul di Dewan Berlian Kemaman, Chukai pada semalam.

Semasa ditemui media, Ahmad berkata, kehadiran Toh Puan Seri Norliza Mahmud, 52, dan Noor Hamilah Yahya, 46, memberi kekuatan kepada dirinya untuk kekal berjuang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kali ini.

“Memang tidak dinafikan kehadiran dua isteri memberi lebih dorongan dan semangat kepada saya untuk berjuang dalam PRU ke-14,” katanya yang kini berusia 61 tahun dan juga penyandang kerusi kubu UMNO itu sejak 1990.

Ahmad dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh pada 2008 sebelum menyerahkan kepimpinan negeri Pantai Timur tersebut kepada Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 2014 lepas.

“Pada PRU sebelum ini hanya seorang isteri yang mengiringi dan PRU kali ini mencatat sejarah tersendiri kepada saya kerana dua isteri turut berada di sisi,” kata beliau kepada media tempatan. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com