Bekas Ahli Parlimen PKR dan Bekas Adun DAP Tanding Bebas


NIBONG TEBAL – Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng sekali lagi mencuba nasib untuk menjadi wakil rakyat apabila menjadi calon Bebas bagi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tee Beng yang merupakan bekas ahli PKR menjadi Ahli Parlimen kawasan itu pada 2008 sebelum mengumumkan keluar dari parti itu pada 2010 dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pada PRU-14, beliau akan menentang penyandang kerusi parlimen itu Datuk Mansor Othman dari PKR selain muka baharu Datuk Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd. Helmi Harun (Pas).

Sementara itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat (sebelumnya Adun DAP) juga membuat penampilan semula pada PRU-14 untuk bertanding di kerusi yang pernah dimenangi pada 2008 dan menyaksikan persaingan enam penjuru di kerusi itu.

Selain Beng Huat yang mewakili Parti Alternatif Rakyat (PAP), turut bertanding adalah Kiew Hen Chong (BN); E. Daphne (Penang Front Party); H’ng Mooi Lye (PKR); Tan Chew Suan (Parti Rakyat Malaysia) dan Koay Xing Boon (Parti Bersama Malaysia).

DUN Sungai Bakap pula menyaksikan persaingan empat penjuru antara BN yang diwakili Datuk Mohamed Sani Bakar; Tan Chow Kang (PRM); Osman Jaafar (Pas) dan Dr. Amar Pritpal Abdullah (PKR).

Sementara itu di DUN Sungai Bakap, penyandang kerusi DUN itu Datuk Mahmud Zakaria dari BN akan ditentang calon Pas Nor Zamri Latif dan Zulkifli Ibrahim (PKR). 

Sumber – Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com