Beginilah Peragai PH Main Taktik Kotor Guna Papan Iklan Cetus Provokasi


YONG PENG – Pakatan Harapan (PH) di sini nampaknya cuba ‘main kotor’ dalam pertandingan merebut kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara itu dilihat jelas apabila sebuah papan tanda yang diletakkan di sebuah lokasi di kawasan bandar di sini yang menimbulkan provokasi kepada umum.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sendiri mengakui papan iklan tersebut dinaikkan oleh penyokong PH.

Calon Barisan Nasional (BN), Ayer Hitam, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang mengulas mengenai perkara itu berkata, pembangkang cuba bermain politik tidak sihat dengan mengunakan papan tanda bagi mengelirukan pengundi.

“Masa pilihan raya  ini mereka cuba menggunakan pelbagai propaganda dengan apa juga yang difikirkan sesuai.

“Pada sesi ceramah pula (pembangkang) mereka telah bercerita pelbagai perkara mengenai diri dan hubungan saya dengan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hari ini sebuah papan iklan yang mengandungi gambar Ka Siong dan tulisan “Undi Wee Ka Siong = Undi Najib dan Rosmah” diturunkan oleh penguasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Papan tanda itu turut diconteng oleh seorang lelaki dengan menggunakan cat merah.

Dalam pada itu Ka Siong tidak kisah sekiranya pembangkang mahu menggunakan papan tanda untuk menghebahkan mengenai kebaikan tanpa mempunyai niat tidak baik.

“Cuba bayangkan kalau saya naikkan gambar Anthony Loke yang sedang makan secara gelojoh di Seremban atau saya letak gambar Lim Guan Eng di kawasan yang beliau tandingi dengan gambar sebagai seorang yang pembelot.

“Kalau saya buat macam ini bermaksud saya tidak ada kelas. Kita kena gentleman. Chin Tong pernah kata, PRU ini pertandingan yang gentleman, jadi mana pergi nilai murni ini?,” soalnya.

Ka Siong berharap agar parti-parti politik yang bertanding tidak menggunakan cara yang bukan-bukan untuk menjatuhkan lawan.

Katanya, lebih baik sekiranya PRU-14 dijalankan dengan suasana yang harmoni tanpa menimbulkan suasana yang tidak elok terutama dalam pandangan mata pengundi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ka Siong tidak akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu ekoran tindakan telah diambil oleh pihak SPR apabila mereka sudah menurunkan papan tanda tersebut. 

Sumber – MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com