Bayi Dikutuk Netizen, Nora Danish Pesan Ingat Keluarga Sendiri


PELAKON Nora Danish kesal apabila anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini berusia dua bulan turut menjadi mangsa buli siber.

Nora berkata, dia tidak kisah jika kata-kata negatif hanya ditujukan kepadanya, namun sebagai ibu dia bersedih apabila bayi yang tidak berdosa turut menerima nasib yang sama.

"Kalau netizen hanya bercakap fasal saya mungkin saya boleh abaikan sahaja, tapi bila bercakap tentang seorang bayi suci yang baru dilahirkan saya sedikit terkilan.

"Bercakap kasar dan negatif terhadap anak kecil adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dan saya akui kesal dengan sikap mereka.

"Kita bawa anak pergi bercuti orang mengata, kalau tak bawa dan tinggalkan di rumah nanti kena kecam juga. Susah nak puaskan hati semua orang," katanya kepada mStar Online.


Nora ditemui pada majlis pelancaran kempen 'Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu' yang dianjurkan bersama pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac pada Selasa.

Kempen tersebut dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Antara artis yang turut hadir bagi menyokong kempen itu termasuk Neelofa, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

Dalam pada itu, Nora memberitahu berat badannya turun sebanyak 11 kilogram (kg) selepas tempoh berpantang anak keduanya itu.

"Sekarang ni berat badan saya 55 kg, nak dapatkan balik berat ideal seperti sebelum mengandung susah betul!

"Saya kena kuruskan badan lagi sikit, sebab 55 kg ni tak ideal untuk saya jadi bahagian yang 'tembam-tembam' ni kena buang sikit.

"Mungkin ambil masa sebab saya melahirkan anak secara pembedahan jadi tak boleh nak pergi gim lagi," katanya.


Pelakon filem Makrifat Cinta ini selamat melahirkan bayi lelaki itu di sebuah hospital swasta di ibu negara pada 22 Februari lalu.

Nora dan Nedim Nazri berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun.

Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com