Batak Publisiti! Tidak Beradab! Tak Malu Berpakaian Seksi Masuk Masjid Negara


MELAMPAU… Seorang wanita sengaja menimbulkan provokasi dengan memakai pakaian seksi menampakan bahagian kaki hingga ke peha dan memuat naik gambar tersebut melalui akaun Facebook miliknya dengan menganggap pihak masjid tidak mesra pengunjung.

Melalui screen shot yang tular di media sosial melihatkan aktivis feminisme yang dikenali sebagai Mariam Lee sengaja melakukan perkara yang tidak beradab sedemikian di dalam kawasan Masjid Negara, semalam.

Dia juga turut membandingkan keadaan di Jogjakarta tidak sama seperti di Malaysia yang bebas dan tidak dihalau dari kawasan berkenaan.


Tindakannya itu turut mendapat perhatian daripada Presiden Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar selain mendapat komen-komen yang negatif dari netizen di media sosial.

“Semata-mata untuk membuktikan agama suka menghukum? Jika kita sudah tahu peraturan, adab yang digariskan, kenapa perlu sengaja melanggar peraturan yang telah digariskan sejak dari awal, kemudian menuduh masjid tidak mesra, tidak berdakwah?

“Memprovokasi, menimbulkan kemarahan orang ramai, kemudian membentak orang yang menegur sebagai menghukum, membawa “victim mindset” sudah menjadi modus operandi feminist yang memualkan,” ujar beliau melalui akaun Facebook miliknya.


PROF MADYA DR. RAFIDAH HANIM MOKHTAR, PRESIDEN PERTUBUHAN GABUNGAN WANITA ANTARABANGSA BAGI INSTITUSI KELUARGA DAN PENDIDIKAN BERKUALITI (WAFIQ).

Masjid negara antara tempat yang menjadi kunjungan ramai perlancong termasuk yang bukan beragama Islam.

Para pelancong yang bukan beragama Islam diberi kebenaran untuk meninjau ke kawasan dalam masjid yang telah ditetapkan dengan syarat perlu berpakaian elok dan tidak menjolok mata, malah pakaian yang bertutup turut disediakan oleh pihak masjid.

Mariam Lee tidak sewajarnya melakukan perkara tersebut yang sengaja memburukkan nama baik Islam dan cuba membangkitkan tentang hak individu yang jelas telah melanggar peraturan dalam kawasan Masjid.


Umat Islam perlu mempunyai akhlak yang baik selaras dengan seruan Rasulullah kepada umatnya.

“Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari Kiamat melainkan akhlak yang baik dan sesungguhnya Allah sangat membenci orang yang suka berbicara keji dan kotor.” (Hadis riwayat HR. At-Tirmidzi dan Ibn Hibban) - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com