Bangladesh Tetapkan Jun Hantar Pelarian Rohingya Ke Pulau


DHAKA - Bangladesh akan mula memindahkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil, Bhashan Char di Teluk Bengal, pada minggu pertama Jun ini.

Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh, Shah Kamal berkata, kem perlindungan untuk 50,000 pelarian telahpun dibina di pulau itu yang hanya diketahui kewujudannya pada 2006.

Kem pelarian lain dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi.

Projek pemindahan pelarian itu mendapat kritikan hebat sejak diusulkan pada 2015 berikutan pulau itu yang terdedah kepada keadaan cuaca yang melampau. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com