Bangga Kemajuan Selangor, Azmin Perleceh Penduduk Kedah Dan Kelantan



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmi Ali semalam 'jual temberang' dan memperlecehkan penduduk Parlimen Sena, Kedah.

Azmin bangga beliaulah yang membangunkan Selangor hingga kekal sebagai negeri yang paling maju dan terkaya di Malaysia.

Namun beliau lupa seperti juga Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Selangor dibangun dan menjadi maju semenjak diperintah oleh Barisan Nasional (BN) sebelum diambil alih oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Beliau bangga kerajaan pimpinannya beri air percuma kepada rakyat Selangor walaupun negeri itu paling teruk dilanda krisis air.

Azmin bangga dengan sistem pengangkutan bas awam di negeri itu dan membanding dengan pengangkutan bas` awam di negeri Kedah yang menggunakan bas uzur dan buruk.

Ketika berucap pada majlis santai Pakatan Harapan dekat Alor Setar petang semalam, Menteri Besar Selangor itu turut memperleceh negeri Kedah dan penduduk negeri jelapang padi ini yang terus miskin.

Beliau juga memperlekeh PAS kerana berjuang menegakkan Islam, tetapi pentadbiran Kelantan 'kelam-kabut' dan mundur sehingga ramai penduduk negeri Pantai Timur itu datang mencari rezeki di Selangor.

Walaupun beliau percaya PRU kali ini adalah pertembungan antara dua parti sahaja, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan, tetapi Azmin tetap menyuarakan kebimbangan dengan kehadiran PAS yang akan memecah undi orang Melayu.

Bagaimanapun beliau yakin PAS tidak akan dapat membentuk kerajaan kerana parti itu enggan bergabung dengan pakatan harapan.

Dalam ucapannya itu, Azmin tidak terkecuali memandang rendah ke atas calon PAS Parlimen Pokok Sena,  Radhi Md Din yang juga bekas pemain bolasepak Kedah.

Radhi dipilih untuk mencabar Naib Presiden Parti Amanah Nagara (PAS) Datuk Mahfuz Omar pada PRU 9 Mei depan.

"Adakah Radhi boleh bercakap soal ekonomi?" tanya Azmin.. - Kedahnews.com


1 comment:

  1. Piirah azmin.. cermin diri dulu sblm nk ckp org..
    Jual tanah org buat cheap sale.. tk amanah dgn rakyat..
    Masalah air dah dekat 4 tahun tk setel2 lagi..
    Hang tu nasib ja terjadi mb.. terpaksa.. bidan terjun..

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com