Baka Lembu Kedah - Kelantan Elit Bakal Lahirkan Jutawan Penternak


ALOR SETAR - Projek ternakan lembu pedaging baka kacukan Kedah/Kelantan/Kemaman( KK) Elit yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mampu melahirkan ramai jutawan dalam kalangan penternak di negara ini.

Menurut Menterinya Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, baka lembu pedaging tempatan ini yang lebih cepat membesar,  tahan terhadap cuaca persekitaran (panas dan lembab) dan serangan penyakit.

"Baka lembu ini juga mempunyai prolifik yang sangat tinggi dengan kadar kelahiran melebihi 90 peratus setiap tahun dan kadar kematian yang rendah kurang dari dua peratus," ujarnya.

Beliau berharap dengan penemuan terbaharu ini diharap dapat membantu mempertingkatkan pengeluaran daging dalam negara.

“Dalam masa yang sama daerah ini juga akan dibangunkan sebagai Lembah Pedaging Kemaman memandangkan  Mardi Kemaman mempunyai pusat penyelidikan dalam bidang ini, "katanya.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 18,000 ekor baka berkenaan diusahakan beberapa penternak di daerah ini dan kementerian menyasarkan 200 penternak pada masa depan.

"Kerajaan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk mengusahakan ternakan ini yang mampu memberi pulangan lumayan iaitu antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi seekor lembu seberat 400 kilogram (kg).

"Lembu baka ini boleh dijual bila mencapai usia tiga tahun dan bayangkan sekiranya penternak memiliki 200 ekorr,sudah pasti boleh bergelar jutawan," katanya memetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan baka KK Elit  dan lembah Pedaging Kemaman di Dewan Pemindahan Mangsa Banjir Pasir Gajah baru-baru ini.

Turut hadir sama, Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi MARDICorp Sdn. Bhd., Wan Abdul Hakim  Wan Mokhtar; Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Roff Mohd Noor; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Quazza Nizamuddin Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), Datuk Ahmad Ishak.

Selain itu katanya di daerah ini juga terdapat para penternak lembu yang bersifat lebih komersial  yang akan turut memberi peluang kepada tanaman rumput Napier oleh penduduk di sini untuk dibekalkan kepada mereka.

"Tidak semestinya pemilik ladang ternakan sendiri yang mengusahakan penanam rumput Napier, sebaliknya sesiapa sahaja boleh menanam dan menjual bagi menambah pendapatan, ujarnya.

Ahmad Shabery berkata, Lembah Pedaging yang dirintis di negeri ini kan dibuka seluruh negara kelak.

Hal ini kerana, Malaysia masih bergantung kepada ternakan import lain untuk disembelih di negera ini termasuk daging import sejuk beku dari Australia, New Zealand, India dan Thailand.

Jelasnya, kementeriannya termasuk MARDI sudah melakukan pelbagai startegi untuk meningkatkan bilangan ternakan di negara ini.

"Sejak 1970-an, banyak kajian dijalankan ke atas beberapa baka antaranya Hereford,Charolais, Brahman dan Droughtmaster namun bilangan baka yang diimport dan dikacukkan ini kurang berjaya kerana tidak sesuai dengan persekitaran tempatan," katanya. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com