Bahrain Jumpa Lapangan Minyak Terbesar


DUBAI - Bahrain mengumumkan penemuan lapangan minyak dan gas terbesar dalam sejarah negara itu, yang tidak mempunyai sumber tenaga sebesar negara jiran Teluk lain.

"Sumber baharu itu diunjurkan mengandungi kuantiti tinggi minyak dan gas, jauh mengatasi rizab semasa Bahrain," kata Jawatankuasa Tinggi Sumber Asli negara itu, yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Salman bin Hamad.

Penemuan di Khaleej al-Bahrain, di luar pantai barat Bahrain, adalah 'penemuan minyak terbesar' dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan.

Putera Salman kemudiannya menghantar tweet bahawa satu sidang akhbar pada Rabu ini akan 'memberikan butiran tambahan' mengenai penemuan itu, termasuk saiz awal penemuan dan daya maju mengekstrak.

Manama adalah pengeluar terkecil hidrokarbon dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang termasuk Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bahrain ketika ini hanya memiliki satu lapangan minyak dengan rizab beberapa juta tong minyak mentah.

Lapangan itu juga adalah pertama ditemui di rantau Teluk dan yang pertama memulakan pengeluaran. -Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com