Baddrol Bakhtiar Berlakon Filem Islamik


ALOR SETAR - Pemain terkenal bola sepak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, 30, telah membawa diri ke aksi layar perak apabila menceburkan diri di dalam bidang lakonan filem bercirikan Islamik

Pemain tengah skuad Lang Merah itu bakal tampil dalam filem pendek tersebut terbitan Darul Murthada Studio dan IGX Production berkisarkan tentang pengurusan jenazah yang akan mulai ditayangkan pada 9 April depan.

Menurut Portal Online Semuanya Bola, filem bertajuk 'Sentak' itu merupakan filem jenis pesanan khidmat masyarakat (PSA) di bawah payung Kompleks Dakwah Darul yang berkonsepkan filem Islamik.


Antara barisan pelakon yang turut membintangi filem itu ialah Ustaz Yaakub Yusra, Muz Inspire dan juga Othman Ramli. Perkembangan filem akan dimaklumkan melalui laman You Tube dan Instagram Darul Murtada.

Selain Badrul, penglibatan dalam industri filem di kalangan pemain dalam negara turut diceburi oleh Badri Radzi (Piya) dalam filem ‘Si Kijang Merah‘ dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam filem ‘Klon’ pada 2013.

Perkara ini juga bukan perkara baharu dalam kalangan pemain antarabangsa. Antara yang pernah menceburi bidang lakonan ialah Vinny Jones, David Beckham, Eric Cantona, Pele dan Neymar.  –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com