#BabyCTDK: Siti Nurhaliza Turun 14 Kilogram Selepas Bersalin


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan berat badannya sudah turun 14 kilogram selepas melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah.

Siti ketika ini sudah masuk hari ke-15 berpantang.

Dia dan puteri kesayangan ramai itu juga berada dalam keadaan baik.

"Alhamdullillah, Hari ini hari ke-15 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin . Dato' Dr. Vernon (baby) dan Datin Dr Suhaiza(ibu) happy dengan perkembangan kami berdua," katanya melalui entri terbaharunya di laman Instagram miliknya. 

Malah, Siti mengakui penyusuan susu ibu membolehkan dia berusaha menurunkan berat badan sepanjang proses berpantang.

"Ibu happy sebab dah susut 14kg ( sbb berjaga dan aafiyah kuat minum susu ibu) Thank you anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah," ujarnya. 

Siti melahirkan Siti Aafiyah pada 19 April lalu melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com