Azmin Lebih Layak Pilih Calon Selangor – Johari


PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lebih layak memilih calon untuk PRU-14 oleh parti itu, kata Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul.

Malah beliau tidak menjangka Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan menolak nama-nama yang diketengahkan oleh timbalannya itu.

“Saya rasa dia (Azmin) mempunyai kelebihan kerana dia yang lebih faham siapakah calon yang lebih layak.

Saya tidak jangka presiden menolak semua nama-nama yang dikemukakan. Mungkin satu atau dua,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Untuk rekod, Wan Azizah didakwa telah menolak lapan nama calon bagi DUN Selangor daripada Azmin.

Kelapan-lapan itu dikatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk Dr. Tan Kee Kwong (Wangsa Maju), Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).

Muka baharu yang dilaporkan turut tidak diterimanya adalah pembantu akhbar kepada Azmin, Hilman Idham untuk DUN Gombak Setia dan Hilman juga merupakan penasihat Azmin.

Seorang lagi adalah Mohd. Razlan Jalaluddin, penyelaras untuk DUN Kota Damansara.

Johari walaubagaimanapun tidak menolak Wan Azizah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mutlak.

“Kuasa mutlak dia di tangan presiden. Walaupun kita ada kuasa pemilih calon,” katanya lagi.

Johari dalam pada itu mengakui beralku ketegangan dalam grup Whatsapp ekoran kes itunamun tidak mendedahkan antara siapa.

“Tidak, saya baca dalam Whatsapp dan sebagainya itu teganglah. Tapi sebenarnya tidak masuk akal sebab Azmin sebenarnya lebih tahu siapakah calon dan dikemukakan agak awal,” tambahnya.

Sumber – MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com