Azmin Hina Negeri Kelantan Depan Orang Kedah


ALOR SETAR - Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali dalam satu ucapannya melepaskan geram terhadap PAS hingga tergamak menghina negeri Kelantan di depan orang Kedah, baru-baru ini.

Azmin mempersoal sebab yang membuat orang Kelantan berhijrah ke Selangor dan mempertikai corak PAS mentadbir negeri Serambi Mekah itu berbanding pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dipimpinnya kurang sepenggal ini.

"Saya nak beritahu orang Kedah, berapa rama orang Kelantan berhijrah ke Selangor sekarang ni? Haa.. tu geram la tu...

"Kalau betul Kelantan tu hebat, kalau betul Kelantan tu negeri Serambi Mekah, kalau betul Kelantan tu adil, kenapa orang Kelantan datang ke Selangor?," katanya dalam satu majlis sembang santai di Jalan Langgar, baru-baru ini.

Azmin difahamkan datang berkempen di Kedah bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bagi mendapat sokongan untuk Pakatan Harapan.


Beliau sebelum ini mengutuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan tidak bermoral, selain memecat bekas Timbalannya sebelum dihumban ke penjara.

Dalam pada itu, Azmin biarpun tidak sampai sepenggal mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim mendabik dada mengatakan Selangor yang dipimpinnya adalah "aman, makmur, maju, adil dan sejahtera".

"Sebab Selangor negeri yang aman, makmur, maju, adil dan sejahtera," ujarnya.

Namun Azmin difahamkan tidak memberitahu orang Kedah tentang kadar indeks jenayah, indeks kesihatan, maksiat, skandal dan banyak lagi isu-isu kontroversi yang melanda negeri Selangor sejak beliau mentadbir Selangor.

Beliau juga dikatakan langsung tidak menyentuh tentang persoalan sama ada Anwar benar-benar meliwat dan tidak bermoral, mahupun menjelaskan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Mahathir terhadap Anwar sebelum ini benar atau bohong. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com