Azeez Sangkal Dakwaan Tanah Tabung Haji Di TRX Untuk Bayar Hutang 1MDB


ALOR SETAR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan dakwaan pembelian tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) sebagai cubaan pengurus dana haji itu untuk membantu membayar hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sebaliknya ianya adalah satu pelaburan untuk jangka masa panjang. 

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pembelian tanah di TRX bukan untuk menghilangkan wang para pendeposit sebaliknya akan memberi pulangan pelaburan yang baik. 

Jelas Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling, ini kerana harga tanah yang dibeli adalah di bawah harga pasaran dan  ia menjadi aset Tabung Haji. 

“Harga belian pada tahun 2015 adalah RM189 juta atau RM2,774 kaki persegi, sekarang nilai tanah di TRX telah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 sekaki persegi. Peningkatan sebanyak 8.2 peratus berbanding harga belian. Tabung Haji sudah pun untung,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Utusan Online semalam.

Beliau mengulas dakwaan pihak pembangkang  yang tular di media sosial bahawa pembelian tanah Tabung Haji di TRX adalah untuk membayar hutang-hutang 1MDB. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com