Awas Hubungan 'Intim' Dengan Si Pemakai Pendakap Gigi


PATTAYA - Individu yang memakai pendakap gigi dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika melakukan hubungan 'intim' termasuk ketika 'ingin bersama' pasangan mereka agar tidak mencederakan diri sendiri mahupun pasangan.

Peringatan itu diberikan oleh seorang doktor gigi di Pattaya,Thailand melalui perkongsian video di Facebook susulan banyak aduan yang diterimanya berhubung kemudaratan membabitkan golongan yang memakai pendakap gigi dan pasangan mereka.

Terbaharu Dr Pitipong Srichaiyoruk membuat perkongsian video itu selepas dia menerima laporan daripada salah seorang pelanggan wanita yang memakai pendakap gigi yang secara tidak sengaja mencederakan 'alat sulit' teman lelakinya.

Dia turut memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar kepadanya oleh pelanggan wanita tersebut.

Zakar lelaki berkenaan dikatakan tercedera selepas ia dipercayai tersangkut pada dawai pendakap gigi ketika melakukan 'hubungan'.

Identiti pasangan terbabit bagaimanapun tidak didedahkan.

Tindakan Dr Pitipong itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen yang memujinya atas peringatan agar masyarakat lebih berhati-hati ketika melakukan hubungan seks dengan pemakai pendakap gigi.

Tidak kurang juga yang menuduhnya sengaja mencipta sensasi untuk mendapatkan perhatian dan mempromosikan klinik giginya.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com