Awal Sangat Nak ‘Menghantar Anak Ke Masjid’ Pun...


TAWAU – Dibalut dan diletakkan di atas sejadah, ditinggalkan di pintu pagar sebuah masjid dalam kedinginan cuaca subuh, demikian berlaku pada seorang bayi perempuan dipercayai ditinggalkan ibunya… Namun agak terlalu awal bagi si ibu ‘menghantar anak ke masjid’.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus yang menceritakan kejadian itu berkata bayi berkenaan ditemui seorang peniaga nasi lemak di perkarangan Masjid Kampung Checkpoint, Batu 38, Jalan Apas Balung dekat sini, pada awal pagi semalam.

“Pada pukul 7.30 pagi wanita itu yang hendak mulakan perniagaan nasi lemak di hadapan masjid ternampak bungkusan kain tuala dan terlihat seorang bayi perempuan diletakkan atas sejadah.

“Wanita itu kemudian membuat panggilan ke Balai Polis Bandar Sri Indah dan bayi itu dihantar ke Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Fadil berkata, pemeriksaan awal oleh Pegawai Perubatan di Hospital Tawau Dr. Nik Kasyfun mengesahkan bayi itu ketika ditemukan masih bertali pusat dan dilahirkan tidak sampai tempoh 24 jam dan berat bayi 2.75 kilogram serta tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Fadil berkata pihak hospital akan memantau keadaan dan memberikan rawatan susulan terhadap bayi tersebut. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com