ASWARA Jadi Universiti P Ramlee


KUALA LUMPUR - Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan dinaik taraf kepada Universiti P Ramlee (UPR), bertujuan memacu industri kreatif dan kebudayaan di Malaysia.

Manifesto Barisan Nasional (BN) meletakkan pencapaian sesebuah tamadun tidak boleh diukur dari sudut ekonomi semata-mata, tetapi harus juga ditimbang menerusi aspek kemajuan ilmu, perkembangan apresiasi seni, sastera, budaya dan ketinggian akal budi bangsa.

Selepas penjenamaan semula ASWARA, UPR akan mengambil model universiti sedia ada sebagai panduan dan mengguna pakai terma dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pindaan 2012 sebagai panduan bagi menjadi universiti awam.

Pemilihan nama UPR adalah bagi mengenang sumbangan besar Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam industri seni tanah air, manakala cadangan untuk ASWARA dinaikkan taraf sebagai universiti penuh di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dicadangkan pada 2015.

Kampus induk UPR dilancarkan di Taman Ilmu, Tembila, Besut , Kuala Terengganu, pada 15 Mac lalu oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com