“Artis Juga Manusia, Kami Pun Ada Masalah” – Zara


SEBAGAI seorang selebriti yang dikenali ramai, mereka juga merupakan manusia biasa yang tidak lari daripada menghadapi masalah peribadi.

Jadi disebabkan itu, kita sebagai orang luar tidak berhak untuk melabelkan seseorang selebriti itu sebagai seorang yang sombong hanya kerana perwatakannya tidak sama ketika berada di hadapan lensa kamera.

Bagi pelakon berbakat besar, iaitu Zara Zya, dia sendiri mengakui bahawa dirinya juga pernah dilabel sebagai seorang selebriti yang sombong.

“Sombong…perkataan yang sinonim keluar dari mulut netizen. Artis tu sombong, artis ni sombong.

“Apa yang boleh saya katakan, kami pun manusia. Ada perasaan… perasaan sebagai seorang manusia. Manusia kan ada berbagai rasa. Sedih, gembira, marah, bermasalah, penat. Macam-macam tau tak?” tulisnya di entri terbaharu dekat akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama, golongan selebriti juga tidak dapat lari daripada menghadapi tekanan perasaan.

Ia turut termasuk tertekan kerana masalah kerja, masalah peribadi, mahupun masalah apabila tidak diterima berlakon dairpada mana-mana pengarah tempatan.

Bagaimanapun, menurut pelakon drama Isteri Tuan Ihsan itu akui bahawa dia perlu sentiasa tersenyum serta menghiburkan hati orang lain walaupun ketika itu dia juga mempunyai masalahnya yang sendiri.

“Selain badut, selebritilah manusia yang paling kuat dapat tekanan perasaan tau. Waktu kami bekerja, walaupun gundah, kami tetap senyum hiburkan orang lain.

“Bekerja keras nampak mewah tapi hakikatnya bukan senang,” tambahnya.

Oleh itu, pelakon berasal dari Lenggong, Perak itu turut berharap agar masyarakat tidak menghukum seseorang selebriti itu yang pada dasarnya hanya dikenali menerusi lakonan mereka sahaja.

Dalam perkembangan terbaharu, Zara baru sahaja muncul dengan single baharunya yang berjudul Tiada Dendam.

Siapa sangka, selain hebat berlakon, Zara juga mempunyai bakat dalam dunia nyanyian.

Kini, peminat boleh mendengar lagu berkenana di kesemua platform digital dan lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan Liuney Nur dan Fauzi Aisunam.

“Lagu ini saya hadiahkan supaya semua orang jadi positif. Walau apa pun jadi, tetap kena kuat. Mesti ada hikmah. Ia juga hadiah buat peminat-peminat saya,” katanya lagi.

Kini, Zara sedang dalam penggambaran drama baharu lakonannya ialah Mona Lisa. Selain Zara, selebriit lain yang turut terlibat ialah Fatin Afeefa, Nazim Othman, Hafreez Adam dan ramai lagi.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com