Arriz Sham Ketua Polis Daerah Pendang Baharu


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kenaikan pangkat seorang pegawai kanannya berkuat kuasa 28 Mei ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pegawai berkenaan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ampang Jaya, Selangor, Asisten Superintenden Arriz Sham Hamezah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pendang, Kedah yang baharu.

“Arriz Sham juga memangku pangkat Deputi Superintenden,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com