Aplikasi Mengenai Masalah Pengeluaran Wang Tunai Di ATM


KUALA LUMPUR - Satu penyebaran maklumat yang sedang tular di aplikasi media sosial mendakwa orang ramai tidak dapat mengeluarkan wang tunai di ATM dikesan telah berlaku.

Pihak MEPS menjelaskan, Rangkaian ATM Bersama MEPS yang merangkumi 20 bank berfungsi dengan lancar seperti biasa.

Sepanjang enam bulan lalu, Rangkaian ATM Bersama MEPS seluruh Malaysia telah mencapai 100 peratus ketersediaan dan berjaya memproses lebih daripada 142 juta transaksi pengeluaran tunai di ATM.

Dari bulan Oktober 2017 hingga Mac 2018, hanya 0.02 peratus daripada jumlah transaksi pengeluaran tunai menghadapi masalah, yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh isu-isu terpencil di ATM tertentu sahaja.

Sekiranya insiden seperti ini berlaku, pihak bank lazimnya akan membuat pembayaran balik di antara dua hingga empat hari bekerja.

Pemegang Kad ATM dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank masing-masing sekiranya terdapat masalah pengeluaran wang tunai di ATM.

PayNet (dahulunya dikenali sebagai Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd) adalah pengendali Rangkaian ATM Bersama MEPS.

PayNet membangun dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang selamat, diyakini dan cekap bagi menaiktaraf fungsi dan pembangunan sistem kewangan Malaysia dan ekonomi secara keseluruhannya.

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar PayNet dengan sebelas bank di Malaysia sebagai pemegang saham bersama. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com