Apa Mahfuz Buat Untuk Penduduk Pokok Sena?


Apa Datuk Mahfuz Omar buat untuk penduduk Pokok Sena dalam tempoh dua penggal?

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mengajak penduduk Pokok Sena menilai kembali peranan yang yang dimainkan oleh Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden PAS.

Beliau mahu penduduk bandingkan Mahfuz dengan pemimpin BN yang sentiasa memberikan khidmat bakti mereka walaupun kawasan itu dimenangi pembangkang.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN negeri meminta pengundi mengembalikan Pokok Sena kepada BN pada pilihan raya umum 9 Mei ini kerana wakil rakyat kawasan itu perlu selari dengan kerajaan Pusat.

"Penduduk Pokok Sena rugi jika terus memilih parti pembangkang mewakili mereka kerana tiada peruntukan tahunan diperolehi untuk melaksanakan projek kecilbagi faedah  rakyat untuk di kawasan itu," kata Ahmad Bashah berucap di majlis pelancaran projek rumah kakitangan awam IMalaysia  di Bukit Pinang, semalam yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Dalam pada itu, Ketua UMNO bahagian Pokok Sena, Datuk Said Ali Syed Rastan memohon kerajaan pusat membina rumah PRIMA serta menempatkan pejabat kerajaan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, penduduk Pokok Sena tidak boleh lagi mengharapkan pihak pembangkang untuk membawa pembangunan ke Pokok Sena.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN dijangka meletakkan Said Ali untuk bertanding di parlimen itu sementara  PAS mencalonkan bekas pemain bolasepak Kedah, Muhd Radhi Md Din.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAN pula bertanding atas tiket gabungan pembangkang yang diketuai DAP, menggunakan logo PKR.- Kedahnews.com

JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


1 comment:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com