Anugerah Pengusaha Kosmetik Kedah 17 April Ini


ALOR SETAR – Negeri Kedah bakal menganjurkan Anugerah Usahawan Kosmetik yang berlangsung di Kulim Golf Country Resort Kulim Hi-Tech 17 April ini.

Anugerah tersebut diadakan adalah sempena penganjuran julung kalinya Himpunan Usahawan Kosmetik Kedah 2018 (HUKK).

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan, antaranya ialah Anugerah Usahawan Kosmetologi Terbaik, Inovasi Produk Penjagaan Badan Terbaik, Inovasi Produk Penjagaan Solekan Terbaik, Inovasi Produk Penjagaan Wajah Terbaik, Inovasi Produk Makanan Kesihatan Terbaik, Pusat Kecantikan Terbaik/SPA, Inovasi Pembungkusan Produk Kecantikan Terbaik dan Ikon Kosmetik Kedah 2018.




Difahamkan, penyertaan hanya untuk usahawan kosmetik di Kedah sahaja dan percalonan awal telah dibuka dan tarikh tutup adalah pada 10 April 2018.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi serta Sumber Manusia negeri, Datuk Norsabrina Mohd. Noor, dengan membayar yuran penyertaan serendah RM10 setiap pemenang dalam kategori bakal menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Tambah Norsabrina, program tersebut mendapat kerjasama kerajaan negeri dan perasmian dilakukan isteri Menteri Besar, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Sementara itu, Presiden Prumera, Noraida Yahya berkata, sebelum acara itu, satu Himpunan Usahawan Kosmetik Kedah (HUKK) akan berlangsung selama dua hari di Dataran Kulim Mall di sini bermula 15 April.


“Tujuan diadakan aktiviti begini bagi memberi pendedahan serta pengetahuan kepada masyarakat mengenai senario terkini, cabaran dan pencapaian terbaik industri kosmetik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

“Di samping memberi peluang kepada ahli perniagaan kosmetik untuk mengetengahkan ciptaan teknologi terbaru mereka yang kreatif ke arah memartabatkan pengusaha industri kosmetik ta­nah air, ia juga mampu membantu peningkatan ekonomi negara,” katanya memetik Utusan Online.

Oleh itu, mereka yang berminat dan ingin menyertai program dan pertandingan tersebut boleh menghubungi, Norhisham Daud di talian 013 6301493 dan Suzana Mohd. Yusof, 013 5536007. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com