Annuar Calon DUN Tanjung Dawai, Tajul Urus 'Pindah' Ke Parlimen Merbok


Naib Ketua UMNO bahagian, Annuar Ahmad merupakan muka baharu yang diturunkan oleh Barisan Nasiona (BN) Kedah untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai, Merbok.

Beliau yakin hubungan baik dengan Pemuda bahagian dan cawangan serta kerja keras jentera parti mampu mempertahankan kerusi Tanjung Dawai pada PRU14.

Annuar anak Kampung Simpang tiga Pasir Merbok akan bergandingan dengan bekas Exco Datuk Tajul Urus Mat Zain yang 'berpindah' dari  DUN Tanjung Dawai untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Merbok.

Sementara calon BN bagi DUN Bukit Selambau ialah Pengerusi MIC Kedah Datuk Jaspal Singh.

"IsyaAlah hubungan baik dengan Pemuda UMNO cawangan dan Bahagian Merbok serta rakan kompnen BN, kami mampu mempertahankan merbok dan merampas semula  DUN Bukit Selambau, " kata Annuar kepada Kedahnews selepas pengumuman nama calon BN PRU14 oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Seri Mentalon Alor Setar, hari ini.

Beliau juga menolak berlaku salah faham dengan Ketua Pemuda bahagian berhubung pemilihan calon yang bertanding di kawasan berkenaan.

 'Bagi saya, kemenangan BN lebih utama. Apa guna jadi calon jika negeri kalah sepertimana yang berlaku pada PRU12, " kata Annuar.

Namun beliau percaya sokongan Pemuda, Wanita dan Puteri terhadap calon dan parti DUN dan Parlimen Merbok akan dipertahankan oleh BN. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com