Anina Sedih Mahathir Diperkuda DAP, 'Ambil Alih' Mat Sabu Di Pentas Pembangkang


Tun Dr. Mahathir Mohamad kini dijadikan oleh pakatan pembangkang yang diketuai DAP seperti Mohamad Sabu  untuk berceramah menghentam Perdana Menteri, BN  di samping menjadi 'pelawak' bagi menghiburkan pendengar.

Semasa berada di Dalam PAS, Moahamd atau lebih dikenali Mat Sabu adalah ayam sabung PAS.

Kini tempat itu diambil alih oleh Dr.Mahathir selepas Mat Sabu meninggalkan PAS dan menjadi Presiden Parti Amanah Negara (PAN). 

Ramai yang amat bersimpati, dalam usai 93 tahun dan kudrat yang semakin berkurangan, Dr. Mahathir diusung pakatan ke seluruh negara untuk berkempen bagi memenangi DAP dan PRK, dua parti yang teruk menghentamnya dahulu.

Sementara itu bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin dalam tuliasan dalam akaun Facebooknya berkata, ketika berada di dalam UMNO  Dr Mahathir disanjung, dipuja dan dilindungi seperti 'sang raja'.

Beliau sedih melihat  Dr. Mahathir yang satu ketika dulu disanjung tinggi kini diperkudakan apabila berada di blok pembangkang.

"Dr Mahathir diperlatkan agar menurut segala kehendak DAP. Dr Mahathir hanya menjadi penceramah yang berani, tetapi pembuat keputusan adalah DAP,"  kata Anina yang juga bekas pengerakan PPBM di Pulau Langkawi.

Anina mendakwa Loke Siew Fook @ Anthony Loke adalah Ahli Parlimen Seremban dan merupakan pemimpin senior DAP yang menjadi salah seorang pencatur “Malaysia di bawah kuasa DAP”

DAP kini menganggap Dr Mahathir adalah pengganti Mat Sabu. Mudahnya Dr Mahathir lupa! Roda itu berputar tetapi doa dan taubat boleh mengubahnya, " tulis Anina. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com