Anak Dilamar Kekasih, Bapa 'Celah' Suruh Cakap Tidak


LEVI Bliss melamar teman wanitanya, Allison Barron bulan ini.

Lelaki itu memilih lokasi melamar di Nevada, Amerika Syarikat (AS), di kawasan bukit-bukau yang cantik di bawah langit biru.

Bagaimanapun, bapa Allison juga mempunyai idea pada hari berkenaan.

Dari atas bukit, dia memegang papan tanda yang tertera perkataan "Say No!" (Kata Tidak!).

Gambar yang menunjukkan aksi bapa Allison itu berjaya dirakamkan secara tunafoto (photobomb).


Allison memberitahu BuzzFeed bahawa tunang dan bapanya sebenarnya agak rapat.

Gambar tersebut merupakan satu gurauan.

"Mereka berdua sering melakukan aktiviti bersama seperti bermain tenis, menunggang basikal dan lain-lain," kata Allison. 

Sumber: Mirror UK


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com