Anak Angkat Bercinta Dengan Anak Kandung


SEPASANG suami isteri di China, yang kehilangan anak lelaki mereka berusia dua tahun selepas diculik sindiket pemerdagangan manusia, akhirnya bertemu kembali dengan anak mereka, namun dalam cara unik.

Ini kerana anak kandung mereka itu, tanpa disangka, telah menjalin hubungan cinta dengan anak angkat pasangan berkenaan yang diberi nama Yongjung.

Suami isteri terbabit membela Yongjung selepas menemuinya di dalam sebuah kotak, yang dibuang di tepi jalan. Mereka memelihara Yongjung seperti anak sendiri sehingga dewasa.

Pada suatu hari, Yongjung memberitahu ibu bapa angkatnya bahawa dia mahu memperkenalkan teman lelakinya dan akhirnya dia membawa lelaki itu ke rumah.

Alangkah terkejutnya ibu bapa angkatnya tatkala bersalam dengan lelaki itu. Mereka melihat tanda lahir pada kedua-dua tangan lelaki itu serupa dengan tanda lahir pada anak kandung mereka yang telah diculik.

Ini kerana tanda lahir itu unik, dan meskipun sudah bertahun-tahun anak mereka hilang, namun dengan melihat tanda lahir tersebut, mereka tahu itu adalah anak mereka.

Betapa gembiranya pasangan itu akhirnya mereka sekeluarga disatukan semula. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com