Aliran Masuk Dana Asing Cecah Rekod Tertinggi


KUKUH… Meskipun pembangkang asyik sebar berita palsu mengenai ekonomi Malaysia, pelabur asing dan pengurus dana terus yakin kepada dasar ekonomi dilaksanakan Barisan Nasional (BN).

Ia disentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun sosial Twitter hari ini malah berkata, setakat 13 April lalu, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) cecah AS$110.0 bilion (RM428.7 bilion).

Beliau dengan nada amat gembira memberitahu netizen, kejayaan rekod dicapai BNM itu merupakan satu lagi bukti keyakinan pelabur luar negara kepada kedudukan ekonomi dan dasar pembangunann kerajaan BN yang berkesan.

Najib yang juga Menteri Kewangan bahkan memaklumkan bahawa aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia setakat 19 April lalu telah didapati berjaya mencecah rekod paling tinggi untuk satu tahun iaitu RM429.80 juta.

Beliau dalam gaya sindiran berkata, di bawah kepimpinan BN, rekod tersebut masih lagi mampu dicapai walaupun terdapat penyebaran berita palsu mengenai ekonomi negara konon sudah muflis dan kerajaan tiada sumber wang.

“Dalam pihak pembangkang asyik sebar berita palsu mengenai keadaan ekonomi negara, para pelabur asing dan pengurus dana terus yakin kepada Malaysia dan dasar ekonomi BN.

“Setakat khamis, aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia cecah rekod tertinggi satu tahun, RM429.80 juta,” kicau Perdana Menteri menerusi akaun Twitter rasminya pada Sabtu.

Aliran masuk bersih juga mencatatkan 389.35 peratus lebih tinggi berbanding aliran masuk bersih RM87.83 juta yang dicatat pada Rabu lepas. Setakat minggu ini, Bursa Malaysia mencatat jumlah aliran masuk bersih RM560 juta.

Di peringkat Asia pula, Malaysia berbangga apabila berada di tempat ketiga selepas China dan India, yang menerima kemasukan dana asing setakat tahun ini sebanyak RM3.4 bilion.

Najib juga menyentuh rizab antarabangsa BNM tertinggi dalam sejarah. Ia merupakan satu lagi bukti keyakinan terhadap kedudukan ekonomi negara dan dasar ekonomi kerajaan BN yang berkesan.

Dalam kenyataan media, bank pusat tersebut melaporkan bahawa rizab berjumlah AS$110 bilion itu adalah lebih tinggi berbanding US$107.8 bilion dicatatkan pada 30 Mac sebelum itu.

Kedudukan rizab BNM itu mencukupi untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek, kata kenyataan BNM di ibu negara semalam. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com