'Aku Akan Buat Mereka Berdua Bercerai!' - Bekas Suami


Asalnya datang untuk berubat ikhtiar hamil, namun lain pula perkhabaran yang diperolehi apabila pasangan ini dimaklumkan bahawa mereka terkena sihir pemisah. Menurut Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, sihir tersebut adalah angkara dari bekas suami kepada wanita berkenaan yang dipercayai masih menyimpan dendam terhadapnya. 

Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak mengetahui perbuatan si pelaku meskipun kerap mengalami gangguan seperti bermimpi hal-hal yang tidak baik, nafsu untuk bersama tersekat dan mereka turut menemui seulas bawang putih yang dicucuk kira-kira 14 batang jarum. 

GAMBAR di bawah adalah perkongsian dari pesakit saya sendiri dari Kuala Lumpur. Beliau datang buat rawatan hari Sabtu minggu lepas. Beliau datang untuk rawatan ikthiar hamil pada mulanya. Setelah diruqyah, ternyata si isteri ada gangguan. Rupa-rupanya beliau terkena sihir pemisah. Beliau tidak sedarkan diri ketika dirawat dan semasa tidak sedar beliau menjerit berkata, 

"Aku akan buat mereka berdua sampai bercerai dan aku buat mereka sampai bila-bila tiada anak!" 

Setelah diselidik, beliau terkena sihir pemisah oleh bekas suaminya. Setiap kali hendak bersama dengan suami, perasaannya menjadi rimas, nak marah dan gelisah. Si suami pula bila ada nafsu mahu bersama, tiba-tiba menjadi layu tidak bernafsu. Bila berjauhan menjadi rindu dan sayang tetapi bila berdekatan, perkara kecil boleh jadi gaduh besar. 


Bila malam, si isteri kerap bermimpi yang suaminya berlaku curang, mimpi bermain dengan bayi, mimpi berada di tempat busuk dan kotor, terjatuh dari tempat tinggi, bermimpi binatang berbisa, mimpi terbang, bersetubuh dengan lelaki yang tidak dikenali dan macam-macam lagi mimpi yang pelik. 

Bila waktu siang, bahu tengkuk belikat kerap terasa lenguh, sakit dan berat. Dalam badan banyak angin, kepala kerap sakit, kerap sendawa, kerap kembung perut. Bila dekat dengan suami, bila datang perasaan nak marah, tiba-tiba saja rasa nak marah. 

Begitulah yang terjadi pada pasangan berkenaan. Bila saya kata mereka terkena sihir pemisah, alangkah terperanjatnya mereka. Barulah mereka ingat mereka ada terjumpa bawang dicucuk dengan paku di depan pintu luar rumah bila pagi buka pintu. Mereka sempat mengambil gambar objek tersebut. Disebabkan rasa takut, si suami terus membuang benda itu.

Barulah mereka faham selepas rawatan rupa-rupanya bawang yang dicucuk dengan paku itu ada berkaitan dengan sihir pemisah yang mereka sedang alami sekarang. Bawang yang dicucuk dengan paku itu umpama nafsu mereka berdua dikunci, membuatkan pasangan berkenaan menjadi panas.

Saya mendoakan agar pasangan suami isteri ini cepat sembuh dan juga cepat diberi rezeki untuk mendapat cahaya mata yang pertama. Semoga kejadian seperti ini dijauhkan juga dari diri kita dan keluarga kita. Aamiin Ya Allah.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com