Akta Anti Berita Tidak Benar Tidak Boleh Dipandang Ringan - Ahmad Maslan


PONTIAN – Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu segera menghalang penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa dengan kandungan menjengkelkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan tegas termasuk menahan mereka perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada yang lain.

Katanya, jika tiada tindakan diambil pihak berkuasa akan menyebabkan mereka semakin berani menyebarkan perkara-perkara tidak betul bagi meraih sokongan politik semata-mata .

“Perlu ada contoh atau bukti supaya dapat mengingatkan pihak tertentu bahawa Akta Anti Berita Tidak Benar yang diwartakan baru-baru ini tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Bahagian Pontian DUN Pulai Sebatang di Dewan Muafakat Taman Saujana di sini semalam.

Ahmad yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pontian menyifatkan penyebaran berita fitnah termasuk pengundi hantu merupakan perkara yang diputarbelitkan pembangkang untuk memburukkan BN.

“Begitu juga dakwaan akan berlaku provokasi semasa hari penamaan calon esok bertujuan menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak datang ke pusat penamaan calon,” ujarnya.

 Sumber:Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com