Akibat 'Korbankan' Kerusi Pada PPBM, Ramai Calon PKR Terpaksa Dicantas?


'Kemurahan hati' Parti Keadilan Rakyat (KPR) mengorbankan kerusi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding pada pilihan raya umum ke -14 (PRU14) mengundang masalah besar kepada PKR sendiri
.
Ini menyebabkan banyak kerusi PKR belum dapat dimukamadkan calonnya terutama di Selangor dan di negeri Kedah.

Keputusan PKR menyerahkan kerusi kepada PPBM itu juga menyebabkan PKR terpaksa 'mencantas'  penyandang kerusi DUN dan Parlimen untuk memberi lauan kepada muka baharu.

Dalam erti kata lain PKR kekurangan kerusi sedangkan ramai calonnya berpotensi untuk menang.

PKR terlalu 'berlembut' dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga PPBM mendapat 52 kerusi Parlimen di Semenanjnug  dan 'menguasai' kerusi Parlimen di peringkat negeri dan DUN termasuk  Kedah.

Di Kedah PPBM bertanding enam daripada 15 kerusi Parlimen dan 14 daripada 36 kerusi DUN sedangkan PKR yang sudah memenangi beberapa kerusi pada PRU13 hanya bertanding 10 kerusi DUN sahaja dan enam Parlimen.

Ini menyebabkan calon  PKR tiada banyak tempat untuk bertanding pada kali ini dan terpaksa menggugurkan beberapa nama, sekaligus timbul rasa tidak puas hati di  kalangan bakal calon.

PPBM juga mendapat kerusi lebih banyak berbanding Parti Amanah Negara (PAN) sedangkan kedua-keuda parti itu baharu ditubuhkan.

DAP  tentunya bersetuju PPBM diberi banyak kerusi di kawasan luar bandar asalkan tidak mengganggu kerusinya di dalam`bandar. Lagipun DAP mahu menggunakan pengaruh Dr. Mahathir  untuk memecah undi Melayu di kawasan luar bandar.

Kebanyakan kawasan yang ditandingi oleh PPBM juga adalah kawasan yang pernah ditandingi oleh PKR sebelum ini tetapi mengalami kekalahan.

Semalam lebih 50 ahli PKR berdemonstrasi di hadapan pejabat parti itu bagi membantah Dr. Mahathir bertanding menggunakan logo parti berkenaan. Protes itu  juga dipercayai mempunyai kaitan dengan perkara ini..

Sementara itu Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail menyatatka kelewatan PKR mengumumkan nama calon parti itu berbanding rakan gabungan di bawah Pakatan Harapan disebabkan sedikit perubahan di saat-saat akhir.

“Difahamkan, ada perubahan beberapa kawasan atas sebab tidak dapat dielakan. Jadi, apabila berubah satu kawasan, maka kawasan lain pun berubah" katanya seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  turut mengakui wujud ‘masalah kecil’ untuk memuktamadkan calon parti itu.

Sebelum ini Azmin dikatakan telah menyenarai pendek seramai lapan calon PKR untuk bertanding dalam PRU-14, namun senarai tersebut dikatakan telah ditolak oleh presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Berikutan itu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin didakwa bertemu Wan Azizah semalam  Segambut untuk membincangkan perkara itu secara lebih lanjut.

'Pergeseran' antara Dr. Wan Azizah dan Azmin yang juga Menteri Besar Selangor mengenai  kontroversi senarai calon parti itu seolah-olah tidak boleh ditutup lagi, lapor Utusan.semalam.

Dalam satu program parti di Permatang Pauh, kedua pemimpin itu tidak berada di lokasi sama seolah-olah cuba mengelak untuk bertemu.Malah tindakan Wan Azizah meninggalkan majlis pelancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya petang semalam sebelum  Azmin berucap menjadi tanda tanya di kalangan pengamal media.

Azmin bagaimanapun menafikan beliau menghantar senarai calon dari Selangor sementara Wan Azizah PKR pula menyatakan pihaknya  sedang membuat saringan terakhir senarai calon.

Wan Azizah juga menyatakan beliau turut meminta nasihat daripada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai senarai calon PKR.- Kedahnews.com

#GE14 #UndiBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com