Ahmad Zahid Umum Kenaikan Elaun Sukarelawan Polis


ALOR SETAR  - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kenaikan elaun bagi pasukan Su-karelawan Polis berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara tersebut bersesuaian kenaikan yang diumumkan bagi pasukan Angkatan Sukarelawan Persekutuan lain sebelum ini termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Askar Wa-taniah.

“Bagi Sukarelawan Polis juga akan ada kenaikan elaun berkuatkuasa serta merta seperti pengumuman untuk se-luruh anggota dalam pasukan sukarelawan lain.

“Kenaikan ini berkuatkuasa serta merta dan diharapkan agar lebih ramai penyertaan dalam pasukan sukarelawan ini, “ katanya.

Beliau berkata demikian pasa Majlis Perasmian Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar (IPD) di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Ha-run; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Semalam Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kenaikan elaun Askar Wataniah dari RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai dan RM6 kepada RM8 sejam bagi anggota. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com