Adun Jitra Bantu Pesakit Ovari Dapatkan Bantuan, Dijaga Sahabat Sejati


ALOR SETAR - Kawan memang mudah untuk dicari namun sahabat sejati sukar sekali. Seperti seorang sahabat ini yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga seorang pesakit kanser ovari tahap empat yang juga sahabat baiknya di Kampung Naga di Jitra.

Basyariyah Din, 36, berkata, dia terharu apabila rakan baik sanggup menjaganya selepas menjalani pembedahan tulang belakang bulan lalu.

 Basyariya merupakan sebatang kara sejak kehilangan ibu bapa dan dua abangnya beberapa tahun lalu. Jelasnya jika kalau bukan kerana budi baik sahabatnya, Haslinawati Hashim, 40, Basyariyah tidak tahu apa kesudahan nasibnya hari ini.

“Sebelum ini saya tinggal di sebelah rumah Kak Has, tapi sejak saya tak boleh jalan dia sanggup ambik jaga saya.

“Saya mula kenal Kak Has sejak 18 tahun lalu masa sama- sama bekerja di sebuah kilang di Tanah Merah, sejak dari itu hubungan kami mulai rapat sehingga hari ini,” katanya, ketika ditemui di rumah mereka memetik Sinar Harian, kelmarin.

Menurutnya, ketika kali pertama disahkan menghidap kanser dia agak sedih dan kecewa

“Saya dapat tau masa penghujung 2016, mula- mula tu rasa down tak boleh terima hakikat, tapi lama kelamaan saya mula reda dan anggap ini ujian daripada ALLAH SWT,” katanya yang kini menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Haslinawati turut berkata hubungannya dengan Basyariyah bukan setakat rakan sekerja malah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Sekarang ini saya ambil cuti tanpa gaji mulai Januari lalu sejak Kak Chik (Basyariyah) masuk wad untuk pembedahan tulang belakang.

“Sebab tak dak sapa nak jaga Kak Chik, mak saya pun tak larat dah, jadi saya la yang jaga dia.

“Tak tau la sampai bila saya nak cuti, tengok atas keadaan Kak Chik la,” katanya.

Haslinawati berkata, setakat ini Kak Chik menerima bantuan daripada Kanser Survival Malaysia dan juga menerima pencen ilat daripada Perkeso.

Baru-baru ini, Adun Jitra, Datuk Aminuddin Omar ada datang melawat, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan secara bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, kepada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk menyalurkan bantuan kepada Basyariyah boleh berbuat demikian ke akaun RHB 10205000114984 atas nama Basyariyah Din atau menghubungi Haslinawati di talian 017-510 7845. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com