Ada Pihak Akan "Sentap" Jika Tahu 8 Fakta Sebenar Hospital Pendang Ini


KEHADIRAN Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengotakan janjinya meneruskan semula projek Pembinaan Hospital Pendang baru-baru ini mengundang pelbagai persepsi di kalangan masyarakat, khususnya orang Pendang.

Sebagai sebuah daerah yang difahamkan satu-satunya tidak memiliki hospital daerah sendiri, majlis pecah tanah yang disempurnakan Perdana Menteri itu sekaligus menandakan tahap serius Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan kemudahan infrastuktur kepada rakyat.

Boleh dikatakan majoriti orang Pendang bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Mohd Najib berhubung pelaksanaan projek berkenaan, kecuali segelintir penyokong Pakatan Harapan yang memperlekehkan usaha tersebut.

Antara yang disebut mereka di media sosial ialah kononnya projek berkenaan telah dua kali diadakan majlis pecah tanah dan tanpa rasa bersalah menyindir kononnya orang Pendang terpaksa menunggu lebih 10 tahun lagi untuk melihat hospital itu terbina.

Malah ada yang pula yang cuba mempengaruhi pengguna media sosial lain, kononnya projek berkenaan hanyalah angan-angan dan tidak akan direalisasikan. Dalam bahasa mereka, mereka mendakwa ianya projek "bohong" dan "dedak" pilihan raya.

Justeru itu, berikut dibawah adalah fakta sebenar mengenai projek pembinaan hospital Pendang yang kini hangat diperkatakan;
Fakta Sebenar Hospital Pendang:

1. Pengambilan Tanah - 1980'an (Sila rujuk PTG Negeri Kedah)

2. Tun M umum projek - 2002 (PRK Parlimen Pendang, MP Pendang Allahyarham Datuk Fadzil Noor meninggal dunia; janji bina Hospital Pendang dan Susur Keluar PLUS di Pendang jika BN menang. BN menang, tapi hanya susur keluar PLUS sahaja dibina).

3. PM Dato' Seri Najib umum semula - Mei, 2015 (Pembentangan RMK11, perancangan pembangunan tempoh 5 tahun).

4. PM Dato' Seri Najib umum projek - Oktober, 2015 (Pembentangan Bajet 2016)

5. Maklum balas: Projek Hospital Pendang dikaji semula bagi tujuan "up grade" (dinaik taraf) kepada kategori Hospital "Pakar Minor", melibatkan perubahan struktur, rekabentuk, kos peruntukan dan sebagainya. - 2016

6. Kaji semula selesai dan tender dikeluarkan - Disember, 2017

7. PM Dato' Seri Najib sempurnakan majlis pecah tanah - 22 April 2018.

8. Hospital Pendang (Pakar Minor) dijangka siap pada 2021.

Nota Tambahan:
* TIADA SEBARANG MAJLIS PECAH TANAH DILAKUKAN SEBELUM INI (Dakwaan 2 kali pecah tanah disahkan tidak benar, ia hanya makluman projek sahaja).

Daripada fakta-fakta dan kronologi berkenaan, adalah jelas bahawa projek berkenaan seolah-olah sengaja ditangguhkan oleh Perdana Menteri terdahulu meskipun pernah merancang sejak era 1980'an.

Malah kira-kira 15 tahun selepas pengambilan tanah dibuat, barulah projek berkenaan diumumkan dalam janji Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lebih menjurus ke arah janji politik, namun malang ia tidak ditunaikan meskipun BN menang.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri dari Pahang pula yang bersusah payah melunaskan tanggungjawab yang tertangguh lebih 20 tahun itu, meskipun ada suara-suara yang memperlekeh niat dan kebajikan beliau itu.

Justeru itu, diharap agar pencerahan ini dapat membuka mata ramai pihak supaya dapat berlaku bijak, adil dan rasional untuk membezakan di antara "permata" dengan "kaca", serta tidak berfikir seperti mereka yang bertuhankan politik kebencian... - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com