Abang Pukul Adik Perempuan Guna 'Hanger' Kerana Bawa Balik Rakan Lelaki


KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila memukul adik perempuannya menggunakan penyangkut baju sejurus ternampak mangsa membawa rakan lelaki masuk ke dalam rumah mereka di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa, 31, yang juga seorang ibu tunggal berada di dalam biliknya bersama anak-anak dikejutkan dengan kehadiran abangnya dalam keadaan marah-marah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, suspek tiba-tiba naik angin lalu memukul muka dan badan mangsa menggunakan penyangkut baju.

 "Mangsa memaklumkan ia kali kedua suspek memukulnya pada tahun ini selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit membawa seorang lelaki datang ke rumah.

"Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chendering untuk tindakan lanjut," katanya.

Idris berkata, kes berkenaan kini disiasat dibawah Sekyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber– Sinar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com